SISTEM EJAAN DAN SEBUTAN BAKU BAHASA MELAYU
BUNYI DAN HURUF
Terdapat
26 abjad secara keseluruhan yang terdiri daripada:
·
Vokal
– 6 [ a/ e pepet/ e taling/ i/ o/ u ]
·
Konsonan
– 20
Diftong – 3 [ ai au oi ]
Gabungan dua bunyi
vokal yang dilafazkan secara berterusan dalam satu hembusan nafas. Ianya terhasil
apabila bunyi satu vokal menggeluncur dengan cepatnya ke suatu vokal lain.
Dianggap sebagai satu suku kata dan dilambangkan oleh dua vokal tetapi
bertindak sebagai satu fonem. Ertinya, lidah pada mulanya diletakkan pada
keadaan sebagaimana membunyikan sesuatu vokal, kemudian digeluncurkan kea rah membunyikan
vokal yang lain. Hanya terdapat 3 diftong iaitu ai, au dan oi. Untuk
menghasilkan bunyi diftong ai, lidah berkeadaan sebagaimana membunyikan vokal ‘a’
dan secara cepat geluncurkan lidah ke arah membunyikan vokal ‘i’ pula.
·
Digraf
– 5 [ kh gh ng ny sy ]
Digraf atau
dwihuruf adalah gabungan dua huruf yang ditulis secara berturutan untuk
melambangkan suatu bunyi tertentu. Digraf dapat menunjukkan satu fonem, gabungan
fonem (seperti diftong dan vokal rangkap), memberikan penekanan pada suatu
bunyi, atau menunjukkan pemanjangan bunyi vokal. Sebagai contoh adalah aa pada
"faal", yang melambangkan bunyi [aʔa] atau eu pada bahasa Sunda atau
bahasa Aceh yang melambangkan bunyi [ɤ].
Kata sendi nama ialah perkataan yg hadir di hadapan frasa nama.
Kata sendi mempunyai tugas yang berlainan dan kehadiran dalam ayat
sering disalahgunakan. Antaranya:-
a) kata sendi nama
di
- kata
sendi nama di digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat seperti:
a)
di sekolah
b)
di jalan
- Tidak
boleh menerangkan waktu, masa atau zaman.
- contoh
:
a)
Di pagi hari (salah)
Pada pagi hari (betul)
b)
Di kurun ke-15 (Salah)
Pada kurun ke-15 (betul)
c)
Di hari itu (Salah)
Pada hari itu (betul)
b) Kata sendi nama ke
Kata sendi nama ke digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang
menunjukkan tempat atau arah dan waktu atau masa.
Ke tidak boleh digunakan di
hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan manusia atau binatang.
Contoh :
- Ke pihak polis
(salah)
kepada pihak polis (betul)
- Ke Ali (salah)
kepada Ali (betul)
c) Kata sendi nama dari
Kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama
yang menyatakan arah, tempat dan waktu atau masa
Contoh : Bertiup daripada selatan (Bertiup dari selatan)
Daripada kiri ke kanan (Dari kiri ke
kanan)
Daripada pukul 10.00 pagi (Dari pukul
10.00 pagi)
d) Kata sendi nama daripada
Kata sendi nama daripada digunakan di hadapan kata nama atau frasa
nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan
sumber, atau unsur perbandingan.
Contoh : - Pemain
sarkas itu menerima bola daripada beruangnya.
-
Sumbangan
daripada kerajaan sudah diterima.
-
Lebih baik Ahmad daripada Ali.
PENGGUNAAN TANDA BACA
1 ) tanda baca noktah (.)
-
berakhirnya sesuatu ayat.
-
digunakan utk menyatakan singkatan.
- Contoh
: Hj. ,Prof. ,Y.B ,Abd.
2) tanda baca sempang
(-)
a)
sebagai tanda kata ganda
- contoh : rumah-rumah,pemimpin-pemimpin,
berlari-lari,
gunung-ganang.
b)
antara ke dengan angka
- contoh
: ke-10, ke-100
c)
antara angka yang merujuk tahun dengan akhiran –an
-
tahun 20-an, tahun 50-an
d) Antara huruf kecil dengan huruf besar
-
Huruf besar iaitu merujuk kepada tuhan atau nama khas.
-
Tanda sempang ini digunakan utk memisahkan
huruf besar dengan huruf kecil.
- Contoh:
Hamba-Mu, Rahmat-Nya, Pro-Malaysia, Pan-Malaysia.
3) Tanda baca seru (!)
-
tanda seru hadir di akhir ayat seruan.
-
Salah sekiranya tanda seru diletakkan selepas kata seru.
- contoh
: Wah! cantiknya baju itu.
Sepatutnya, Wah, cantiknya baju itu!
PENULISAN KATA GANTI NAMA SINGKAT
-4 singkatan kata ganti nama – kau, ku, mu,nya
-Contoh: kulihat, kusedari, kautulis, kausedari
-Mu dan nya bagi nama Tuhan dieja menggunakan huruf besar pada
huruf pertama dan ditulis dengan menggunakan tanda sempang
Contoh: Ampunilah hamba-Mu ini, ya Tuhan.
Mereka memohon rahmat-Nya.
PENULISAN PARTIKEL
4 partikel = -lah, -kah, - tah, & -pun
Partikel –lah, -kah, & –tah ditulis serangkai dengan kata dasar
yang mendahuluinya.
Contoh: berilah, diakah, manatah
Partikel -pun bagi maksud juga, lalu atau terus ditulis terpisah
daripada kata sebelumnya.
Contoh: Jika dia berjaya, saya pun akan berjaya
Partikel -pun ditulis serangkai dengan perkataan yang telah
ditentukan, iaitu:
adapun, sekalipun, walaupun, lagipun
AWALAN KATA NAMA
4 partikel = -lah, -kah, - tah, & -pun
Partikel –lah, -kah, & –tah ditulis serangkai dengan kata dasar
yang mendahuluinya.
Contoh: berilah, diakah, manatah
Partikel -pun bagi maksud juga, lalu atau terus ditulis terpisah
daripada kata sebelumnya.
Contoh: Jika dia berjaya, saya pun akan berjaya
Partikel -pun ditulis serangkai dengan perkataan yang telah
ditentukan, iaitu:
adapun, sekalipun, walaupun, lagipun
AWALAN KATA KERJA
4 partikel = -lah, -kah, - tah, & -pun
Partikel –lah, -kah, & –tah ditulis serangkai dengan kata dasar
yang mendahuluinya.
Contoh: berilah, diakah, manatah
Partikel -pun bagi maksud juga, lalu atau terus ditulis terpisah
daripada kata sebelumnya.
Contoh: Jika dia berjaya, saya pun akan berjaya
Partikel -pun ditulis serangkai dengan perkataan yang telah
ditentukan, iaitu:
adapun, sekalipun, walaupun, lagipun
AKHIRAN KATA NAMA
Akhiran kata nama –an
membawa makna hasil daripada melakukan maksud yang terkandung dalam
kata dasar seperti kritikan (hasil mengkritik), tulisan (hasil menulis).
Membawa makna kaw @ bidang yang luas seperti lautan (laut yang
luas), lapangan (kawasan lapang yang luas)
Membawa makna yang banyak seperti barangan
Membawa makna orang @ haiwan @benda yang menjadi penderita kerja seperti:-
Tahanan (orang yg ditahan),
Buruan (orang @ haiwan yg diburu)
Minuman (benda yang diminum)
Membawa makna sesuatu yang mempunyai sifat yang terkandung dalam
kata dasar seperti manisan (sesuatu yang mempunyai sifat manis).
Membawa makna tempat melakukan sesuatu seperti kurungan (tempat untuk
mengurung)
Membawa makna ukuran atau kiraan seperti bulanan dan jutaan.
AKHIRAN KATA KERJA
Terbahagi kepada 2 iaitu -i dan –kan
Kedua2 imbuhan akhiran ini m,bentuk kata kerja transitif.
Imbuhan akhiran ini hanya hadir dalam 2 ayat sahaja iaitu:-
- Ayat pasif bagi
kata ganti nama orang pertama
dan orang kedua.
Contohnya:-
i) Kereta yang rosak itu akan saya baiki.
ii) Masalah itu kamu selesaikan sendiri.
- Ayat suruhan.
Contohnya:-
i) Ikutilah rancangan kami setiap hari.
ii) Ceritakan rahsia itu kepada saya.
Comments
Post a Comment