ASAL USUL BAHASA MELAYU
Bahasa Melayu ialah bahasa yang indah dan penuh dengan keunikannya yang tersendiri. Oleh itu penting bagi kita yang menggunakan bahasa ini sebagai bahasa pengantar untuk mendalami dan mengambil tahu tentang asal usul bahasa yang indah ini.
Susah untuk menentukan asal bagi Bahasa Melayu kerana ianya hampir sama dengan Bahasa indonesia dan sebagainya tetapi para pengkaji telah membuktikan tiada yang mustahil sekiranya ada usaha.
Asal usul Bahasa Melayu dikaitkan dengan Teori Yunan. Teori ini adalah teori yang lebih popular antara teori-teori yang lain.Ianya juga dinamakan sebagai Teori Affinities Gendang Donsong yang dikemukakan oleh H.Kern dan R.H Geldern.
*Johan Hendrik Caspar Kern (6 April 1833 - 4 Julai 1917) adalah seorang ahli bahasa Belanda dan Orientalis. Dalam kesusasteraan, dia biasanya dirujuk sebagai H. Kern atau Hendrik Kern;terdapat beberapa ahli ilmuan lain yang mempunyai nama keluarga yang sama dengannya.

HENDRIK KERN
*Tiada sebarang kenyataan atau biodata peribadi mengenai R.H Geldern tetapi beliau ada menyatakan sokongan terhadap kenyataan tentang teori Melayu Proto berasal dari Yunan. Selain itu beliau juga terlibat dalam perang dingin yang melibatkan serangan ke ats Czechoslovakia.
Orang Melayu dikatakan datang ke Kepulauan Melayu menerusi tiga gelombang utama iaitu Melayu Negrito, Melayu Proto dan Melayu Deutro.
Robert Von Heine Geldern (Sarjana Austria) berkata “Orang-orang zaman neolitik (org darat Mon-Khmer) yg membawa kebudayaan beliung segi panjang itu adalah pengembang bahasaKepulauan Melayu” (Ismail Hussien, 1984:2)
Teori ini lemah- ditolak kerana kapak-kapak ini telah dijumpai di Amerika dan Eropah pada zaman yg sama.
Hendrick Kern (1889)
Beliau merumuskan BM adalah berasal daripada satu bahasa induk yg ada di Asia. Mengkaji beberapa perkataan yg digunakan seharian, antaranya tebu, nyiur, buluh, bambu dll.
Perkataan-perkataan ini digunakan di Pulau Madagaskar, Filipina, Taiwan dan beberapa pulau lain di Lautan Pasifik hingga ke Pulau Pass di Amerika sama dengan perkataan-perkataan yang terdapat di Champa, Chochin Cina dan Kampuchea.
Asmah Hj. Omar (1988)
-Menyokong teori Hendrick Kern. Namun menyatakan bahawa, proses migrasi atau perpindahan mereka tidak sekali gus dan tidak juga melalui satu jalan. Ada yg melalui jalan darat (tanah semenanjung), ada yg melalui jln laut barat melalui Lautan Hindi dan ada yg melalui arah Timur, iaitu melalui Laut China Selatan
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa & Abd. Hamid Mahmod (1997)
-Menyokong teori bahawa penutur-penutur Bahasa Melayu datang dari daerah Yunan dan telah turun daalm beberapa gelombang pergerakan manusia. Mula mendiami wilayah Asia Tenggara di antara tahun 2500 S.M hgga thn 1500 S.M. Masyarakat Ausronesia ini tersebar luas di seluruh kepulauan Melayu dan Lautan Pasifik. Teori Nusantara-Bangsa Melayu dikatakan telah mendiami kawasan Nusantara sejak sekian lama
John Crawford(1884)
-Membuat perbandingan antara Bahasa Melayu dgn bahasa Lampung, Bahasa Melayu-bahasa Sunda, Bahasa Melayu-bahasa Madura, Bahasa Melayu-bahasa Bali, Bahasa Melayu-bahasa Bugis dan beberapa bahasa di Indonesia Timor, Pulau Roti danPulau Sawu. Terdapat juga perbandingan BM dgn bhs Tagalog, Bisaya, Campa, Farmosa dan beberapa bahasa lain di lautan Pasifik hingga bahasa Malagasi di Pulau Madagaskar. Merumuskan bahawa bangsa Melayu dan bangsa Jawa menjadi induk bagi semua bahasa tersebut- dinamakan “Malayan”. Berpendapat bahasa Jawa ialah bahasa tertua & menjadi induk kepada bahasa-bahasa lain.
Sultan Takdir Alisjahbana (ahli bahasa Indonesia)
-Menyatakan bangsa Melayu ini berkulit gelap yang tinggal di Asia Tenggara seperti Thailand, Myanmar, Malaysia dan Indonesia. Penduduk2 ini dikatakan berasal dari rumpun bangsa yg sama. Mempunyai persamaan dari segi warna kulit dan saiz bentuk badan. Manusia kuno seperti Homo Soloinensis dgn Homo Wajakensis terdapat di Pulau Jawa. Penemuan manusia kuno menunjukkan kemungkinan orang Melayu adalah keturunan daripada manusia kuno yang berasal dari Jawa.
RUMPUN BAHASA MELAYU
Rumpun bahasa Austronesia terdiri daripada 4 keluarga
bahasa yg lebih kecil, iaitu:
i.Bahasa-bahasa Nusantara (Bahasa-bahasa kepulauan Melayu) seperti- Bahasa Melayu, Aceh, Jawa Sunda, Dayak, Tagalog, Solo dan lain-lain.
ii.Bahasa-bahasa Polinesia seperti bahasa Tonga, Hawaii, Maori dan Haiti.
iii.Bahasa-bahasa Melanisia seperti bahasa-bahasa di Kepulauan Fuji, Irian dan kepulauan Kaledonia.
iv.Bahasa2 Mikronesia spt bahasa2 di Kepulauan Marshall, Carolina, Marianna dan Gilbert.
Keluarga Bahasa Melayu
-Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan di 4 buah negara Asia tenggara, iaitu Indonesia, Malaysia, Brunei dan Singapura.
-Di Malaysia- Bahasa Melayu turut dikenali sebagai ‘Bahasa Malaysia’ dan di Singapura dan Brunei sebagai Bahasa Melayu atau Bahasa Kebangsaan.
-Bahasa Melayu turut dituturkan di kepulauan Farmosa hingga ke Madagaskar.
Faktor yang menyumbang kepada penyebaran Bahasa Melayu ialah perkahwinan, perdagangan, penghijrahan dan penjajahan.
1.Bahasa Melayu Kuno
2.Bahasa Melayu Klasik, dan
3.Bahasa Melayu Moden
a.Laporan Razak (1956) mencadangkan:
-Pembentukan satu sistem pendidikan kebangsaan
-Pengakuan matlamat akhir BM menjadi bahasa pengantar utama
-Permulaan kurikulum yg berorientasikan alam sekeliling Malaysia
-Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua
b. Laporan Rahman Talib (1961) mencadangkan:
-Penegasan kpd pendidikan asas 3M, iaitu
membaca, menulis dan mengira.
-Penegasan kpd pendidikan kerohanian yg kukuh
dan unsur2 disiplin yg diingini.
-Penengasan kpd kurikulum berorientasikan
Malaysia
-Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan,
akademik dan vokasional
-Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke
11 thn
-Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran dan
meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan
AKTA BAHASA KEBANGSAAN
c. Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67-memperuntukkan selepas 1 September 1967, bahasa kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud2 rasmi, kecuali dalam beberapa kes tertentu seperti undang-undang yg sedia ditulis dalam Bahasa Inggeris.
- Akta ini menimbulkan ketidakpuasan hati orang-orang Melayu dengan jaminan bahawa Bahasa Inggeris terus digunakan dan dilihat sebagai mengancam kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.
PERKARA 152 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
d. Pemberitahuan Undang-undang No. 410/1967 diwujudkan utk membenarkan penggunaan bahasa Inggeris dengan bersyarat digunakan bagi tujuan-tujuan rasmi sahaja.
e. Akta Pendidikan 1995, fasal 17(1) memperuntukkan bahawa:
“Bahasa Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem pendidikan Kebangsaan kecuali di sekolah jenis kebangsaan yang ditentukan di bawah seksyen 28 atau mana2 institusi pendidikan lain yang dikecualikan oleh Menteri daripada subseksyen ini”.
BAHASA DAN BUDAYA
•Ada berbagai teori mengenai hubungan bahasa dan kebudayaan. Ada yang mengatakan bahasa itu merupakan bahagian dari kebudayaan, tetapi ada pula yang mengatakan bahawa bahasa dan kebudayaan merupakan dua hal yang berbeza, namun mempunyai hubungan yang sangat erat, sehingga tidak dapat dipisahkan. Ada yang mengatakan bahawa bahasa sangat dipengaruhi kebudayaan, sehingga segala hal yang ada dalam kebudayaan akan tercermin di dalam bahasa. Sebaliknya, ada juga yang mengatakan bahawa bahasa sangat dipengaruhi kebudayaan dan cara berpikir manusia atau masyarakat penuturnya.Menurut Koentjaraningrat sebagaimana dikutip Abdul Chaer dan Leonie dalam bukunya Sosiolinguistik bahawa bahasa sebahagian dari kebudayaan. Jadi, hubungan antara bahasa dan kebudayaan merupakan hubungan yang subordinatif, di mana bahasa berada dibawah lingkup kebudayaan.10 Namun pendapat lain ada yang mengatakan bahawa bahasa dan kebudayaan mempunyai hubungan yang koordinatif, yakni hubungan yang sedarjat, yang kedudukannya sama tinggi.Masinambouw menyebutkan bahawa bahasa dan kebudayaan merupakan dua sistem yang melekat pada manusia.Kalau kebudayaan itu adalah sistem yang mengatur interaksi manusia didalam masyarakat, maka kebahasaan adalah suatu sistem yang berfungsi sebagai sarana berlangsungnya interaksi itu. Dengan demikian hubungan bahasa dankebudayaan seperti anak kembar siam,dua fenomena sangat erat sekali bagaikan dua sisi mata wang, sisi yang satu sebagai sistem kebahasaan dan sisi yang lain sebagai sistem kebudayaan.
Comments
Post a Comment