SINTAKSIS
DEFINISI
SINTAKSIS
Bidang kajian tentang prinsip dan
proses pembinaan ayat dalam bahasa tertentu.
Prinsip bermaksud aturan atau rumus yang memungkinkan berlakunya
pembinaan ayat. Dalam tatatingkat
tatabahasa, sintaksis menggarapkan:
frasa, klausa, dan ayat.
TATABAHASA
-Peraturan tentang pembentukan kata
dan penggabungan kata dengan perkataan lain untuk menghasilkan ayat yang
gramatis.
-Unit
yang paling tinggi dalam tatatingkat tatabahasa. Ayat diucapkan dengan dimulai dengan
kesenyapan dan diakhiri dengan kesenyapan.
Ayat diucapkan dengan intonasi yang sempurna dan mengandung makna yang
lengkap. Ayat terdiri daripada subjek
dan predikat.
DEFINISI AYAT
Unit yang
paling tinggi dalam tatatingkat tatabahasa.
Ayat diucapkan dengan dimulai dengan kesenyapan dan diakhiri dengan
kesenyapan. Ayat diucapkan dengan
intonasi yang sempurna dan mengandung makna yang lengkap. Ayat terdiri daripada subjek dan predikat.
AYAT : Terbahagi kepada makna,
intonasi dan binaan.
Sintaksis iaitu mengkaji bentuk, struktur
dan binaan ayat.
SUSUNAN AYAT
Susunan biasa – subjek mendahului
predikat
a. Padang golf itu sungguh luas.
b. Kerja rumah itu siap juga akhirnya.
Susunan songsang- Pendepanan seluruh
predikat , Predikat ayat mendahului subjek
a. Sungguh luas padang golf itu.
b. Siap juga akhirnya kerja rumah itu.
Susunan songsang – Pendepanan sebahagian
daripada predikat
a. Pendepanan Frasa Kerja
i.
Kata kerja sahaja : - Wanita itu terduduk di tepi tangga.
Terduduk
wanita itu di tepi tangga.
ii.
Kata kerja dengan objek : - Mereka
membaca buku di situ.
Membaca buku mereka di situ.
iii.
Kata bantu dengan kata kerja : - Penari-penari itu masih berlatih di dewan.
Masih
berlatih penari-penari itu di dewan.
b. Pendepanan Frasa Adjektif
i.
Kata adjektif sahaja : - Tubuhnya lesu
sepanjang hari.
Lesu tubuhnya sepanjang hari.
ii.
Kata bantu dengan kata adjektif ; - Buah rambutan itu belum tentu manis
Belum tentu manis buah rambutan itu.
Comments
Post a Comment