LARAS BAHASA


DEFINISI
Laras bahasa ialah sejenis kelainan bahasa yang digunakan berdasarkan oleh sesuatu bidang yang diceburi oleh seseorang. Laras bahasa boleh diertikan sebagai gaya atau cara menggunakan sesuatu bahasa dalam sesuatu situasi. Laras akan sentiasa berubah-ubah berdasarkan fungsi dan keadaan. Di samping itu, setiap laras menitikberatkan pilihan kata atau istilah dan menggunakan struktur ayat yang berlainan mengikut disiplin atau bidang tertentu.

Situasi Luaran
Maksudnya ialah latar belakang sosial dan kebudayaan sesuatu masyarakat bahasa yang merangkumi struktur sosial dan keseluruhan cara hidup yang menentukan tindak-tanduk anggota masyarakat. 

Situasi Persekitaran
Melibatkan cara penyampaian, perhubungan sosial dan peribadi, bahan dan termasuk fungsi sosial.

Ciri-ciri Linguistik
-Bunyi
-Perkataan
-Ayat

Aspek Bunyi
-Membezakan satu laras dengan laras yang lain terutamanya laras berbentuk lisan. Nada suara, yakni naik turun suara amat ketara dalam laras lisan. Contohnya, bapa disebut bapak , juga disebut jugak.
-Dalam ucapan, kita menggunakan cara tertentu iaitu melalui nada suara dan corak pengungkapan. Contohnya, sewaktu mendeklamasikan sajak tidak sama dengan cara menyampaikan syair.

Aspek Perkataan
-Aspek perkataan pula terbahagi kepada tiga bahagian iaitu perkataan khusus, perkataan pinjaman dan unsur kolokasi.
-Perkataan khusus : - Satu ciri yang jelas membezakan laras ialah perkataan-perkataan khusus atau kosa kata yang digunakan.
-Perkataan pinjaman : Perbezaan antara laras dapat dikesan melalui kata-kata pinjaman yang digunakan. Contohnya, laras agama pinjam dari bahasa Arab
-Unsur kolokasi : Kolokasi merujuk kepada kehadiran perkataan atau lebih masing-masing merupakan perkataan tersendiri tetapi dikaitkan antara satu sama lain.

Aspek Ayat
Ayat berbeza-beza daripada pelbagai segi seperti ragam ayat (ayat aktif dan ayat pasif), susunan ayat dan kepanjangan ayat.

JENIS LARAS BAHASA
Laras Bahasa Biasa
Laras Bahasa Iklan / Perniagaan
Laras Bahasa Sains
Laras Bahasa Media Massa
Laras Bahasa Rencana
Larasa Bahasa Undang-Undang
Laras Bahasa Agama

LARAS BAHASA BIASA
Tiada konteks khusus atau melibatkan sebarang bidang ilmu. Penggunaan dalam perbualan harian. Tiada istilah khusus. Struktur ayat adalah mudah, ringkas dan padat. Kata pinjaman tidak banyak digunakan. Tidak terdapat istilah teknikal Bentuk laras bahasa biasa formal digunakan dalam situasi rasmi sahaja. Bentuk laras bahasa biasa tidak formal menggunakan ciri-ciri bahasa basahan.
 Contoh : Hai Mat ! Nak ke mana tu? Tak singgah dulu?

KEPENTINGAN LARAS
-Menggunakan bahasa yang sesuai berdasarkan situasi membolehkan sesuatu maklumat dapat disampaikan dengan pantas.
-Menepati keperluan  khalayak agar tidak timbul masalah berlainan fahaman.
-Menjadikan seseorang lebih sensitif dan peka dalam pemilihan kata dan ayat
-Mencerminkan latar belakang seseorang penutur
-Mencerminkan keadaan bahasa dan menjadi ukuran maju mundurnya bahasa melalui jumlah laras yang digunakan.




Comments

Popular Posts