RAGAM AYAT (ayat aktif dn ayat pasif)
AYAT AKTIF
Ayat Aktif ialah ayat yang
mengutamakan subjek asal dan mempunyai kata kerja berimbuhan awalan me-, mem-,
men-, meng- dan menge-
CONTOH : Ayah membasuh kereta
Subjek asal : ayah
Kata kerja
: membasuh
AYAT PASIF
Ayat Pasif ialah ayat yang
mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan dan
menggunakan imbuhan di-
CONTOH : Kereta dibasuh oleh ayah
Objek asal
: kereta
Kata kerja
: dibasuh
Ayat Pasif terbahagi kepada 7 bahagian iaitu :
·
Ayat
Pasif dengan imbuhan kata Kerja Pasif di-
·
Ayat
Pasif dengan Imbuhan kata Kerja Pasif ter-
·
Ayat
Pasif dengan Imbuhan kata Kerja Pasif ke-
·
Ayat
Pasif dengan Imbuhan kata Kerja Pasif ber-
·
Ayat
Pasif dengan Kata Ganti Nama Diri Pertama.
·
Ayat
Pasif dengan Kata Ganti Nama Diri Kedua
·
Ayat
Pasif dengan Kata Bantu Pasif kena
Comments
Post a Comment